Powered by Blogger.

Followers

RSS

Pages

hoolaa!


Hari ini rasanya  nak kongsi satu resipi kek yang boleh dimasak oleh sesiapa sahaja walaupun bagi sesiapa yg tak pernah atau jarang-jarang masuk ke dapur . . kek ini dinamakan Kek Batik. 

Kek ini istimewa kerana ia tidak perlu dimasak di dalam ketuhar seperti mana kek-kek yang lain. Kek Batik atau Marie Fudge Cake ini mmg sedap sungguh la! So, don't waste time! Plus,cake ini sgt simple dan kos pembuatannya pun tak berapa mahal dan mudah didapati di Tesco dan Mydin sekitar tempat anda (^_^) 


So first thing first, I'd like to introduce the ingredients (^_*)
Sebungkus biskut marie
Satu lepa buttercup


10 biji telur

5 sudu koko


Setengah tin susu


&


10 sudu milo



Cara-cara dia mudah je :

  1. Patah-patahkan biskut marie tuh kepada dua bahagian
  2. Panaskan kuali dan cairkan buttercup . .masa nih buka api perlahan je takut2 kalau hangit jadinya buttercup tuh
  3. Kemudian masukkan 10 biji telur ayam yang telah dipecahkan kedalam kuali tadi
  4. Seterusnya masukkan setengah tin susu
  5. Masukkan 10 sudu milo dan 5 sudu koko
  6. Akhir sekali masukkan biskut merry tadi dan gaul sehingga rata
  7. Masukkan semua dari kuali tu ke dalam satu bekas ( tak kisah apa-apa bekas, tupperware pun ok gak instead of 'loyang' )
  8. Kemudian mampat-mampatkan adunan tadi dan sejukkan dalam freezer!
  9. Dah siap!

So, senangkan! very simple la! Kalu nak cantik lagi, taburlah badam ke, chocolate rice ke kat atas kek tadi . . 

So selamat mencuba! (^_^)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment