Powered by Blogger.

Followers

RSS

Pages

~ Diari Hari Ini ~

Alhamdulillah . .akhirnya keputusan peperiksaan semester lepas dah pun keluar . . Keputusannya amat menggembirakan hati semua orang termasuk saya. Kata orang, sesuatu kejayaan akan lebih bermakna sekiranya ia dilaksanakan hasil usaha dan penat lelah kita sendiri. Bukan untuk dibanggakan tetapi sebagai satu motivasi utk peningkatan diri. Sebenarnya tiap-tiap semester berazam nak tulis nota sendiri setiap kali habis kelas . . tapi malangnya, kuak lentang di katil lebih menarik daripada menulis nota (^_^).

Mungkin entri kali ini membuatkan 'silent reader' blog ini berkata :" heh, meluatnya ! macam pointer highest sekali nak tulis-tulis entry mcm nih " ! Mungkin betul juga pandangan anda, tapi ini saya aggap sebagai satu catatan peribadi yang agak baik daripada saya . Cukuplah setahun menanggung derita sakitnya belajar semasa di zaman matrikulasi . . 'Stay up' setiap malam , belajar secara konsisten pun belum melayakkan saya untuk merasa 3 pointer. Sejujur-jujurnya, setahun di matrikulasi dengan tiga kali ujian akhir semester, pencapaian saya memang tak pernah mencecah 3 pointer ke atas.

Sehingga merasakan benar-benar give up, di matrikulasi, saya merasakan dunia keseronokan dalam bersahabat tidak pada pelajaran ! Jika bahasa pasar dia lebih kurang macam nih la : pe nak jadi, jadi r ! malas dah nak belajar lagi ! Kerana itu, saya tak pernah berhasrat pun utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master mahupun PHD ! Cukuplah dengan ijazah pertama! Mungkin menjadi guru biasa sudah mencukupi . .asalkan saya gembira dengan kehidupan dan career  :)

                   Gembira . . . *_*      (^_^)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Ukhti Ibtisam said...

congrate kak bi =)
you are always the best!

miszberry! said...

hiks~
the best apa nyer mierah . .
you do better than me~
always! (*_*)

Post a Comment